Sejarah

MASJID JAMEK AN-NAJAH atau digelar ‘Masjid Padang Serai’ di kalangan penduduk setempat telah dirasmikan pada tahun 1986.

Pada mula sejarah penubuhannya masjid ini bertujuan untuk menggantikan Masjid Nagor di Pekan Padang Serai, walaubagaimanapun Masjid Nagor itu dikekalkan sehingga kini.

Masjid yang terletak di Padang Serai, Kulim dan telah puluhan tahun beroperasi, masjid ini mampu menarik bilangan jemaah yang ramai disebabkan lokasinya dikelilingi kawasan perumahan dan terletak dikawasan tengah Pekan Padang Serai.

Masjid ini juga terkenal dengan kuliah pengajiannya yang padat dimana tenaga pengajarnya terdiri daripada Tuan Guru dan Ustaz-uztaz yang terkenal dikawasan utara.

Disamping itu Masjid ini juga aktif dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah, kebajikan, pendidikan dan sebagainya sehingga telah beberapa kali dinobatkan sebagai masjid terbaik di Daerah Kulim.