Sukacita dimaklumkan bahawa, gerhana bulan penuh dijangka berlaku pada 8 Oktober 2014 (Rabu) bersamaan 13 Zulhijjah 1435H. Maklumat mengenai gerhana tersebut adalah seperti berikut.
1. Gerhana Penumbra bermula : 4.15 petang
2. Gerhana Bulan Penuh bermula : 6.25 petang
3. Kemuncak Gerhana Penuh : 6.55 petang
4. Gerhana Bulan Penuh tamat : 7.23 malam
5. Gerhana Bulan Penuh tamat (umbra) : 8.34 malam
6. Gerhana Penumbra tamat : 9.33 malam
Bersempena dengan peristiwa gerhana ini, seluruh umat Islam adalah digalakkan menunaikan solat sunat gerhana serta khutbah gerhana di antara jam 7.30 malam hingga 8.34 malam. Di samping itu, umat Islam juga digalakkan memperbanyakan amalan bersedekah dan berzikir.
Cara melaksanakan solat sunat gerhana boleh lah dirujuk disini : Kaifiat solat gerhana bulan
Sumber dan surat siaran : Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.